TREK Mendaki Puncak Gunung Rinjani

Profil Trek Pendakian PUNCAK GUNUNG RINJANI

Tempoh masa
2 Hari
Harga
$225 USD Seorang
Gred
Sederhana
Ketinggian Puncak
3726 meter
Saiz Kumpulan
2-10
Mula
Senaru/Sembalun
Tamat
Senaru/Sembalun
Penginapan
Penginapan Desa
Hidangan
Semua Termasuk
Mùsim
April - Disember

Gambaran Keseluruhan

Trek Mendaki Pucak Gunung Rinjani adalah trek pendakian paling popular kami. Ia adalah trek pendakian 2 hari / 1 malam yang terbaik untuk pendaki yang sukakan cabaran dan ingin menikmati pemandangan paling terbaik yang Lombok tawarkan. Pendakian ini adalah cara terpantas untuk ke puncak dan kembali turun, dan direka khas untuk pelancong yang mempunyai jadual yang padat.

Perjalanan ini bermula di penginapan desa anda di Kampung Senaru di Lombok Utara. Anda akan menginap satu malam di penginapan desa kami di mana anda akan disajikan dengan makan malam disajikan. Anda juga boleh bersiar-siar ke air terjun berdekatan pada waktu petang jika anda mahu dan berpeluang melihat gelagat monyet-monyet yang bebas berkeliaran.

Pada waktu pagi, anda akan disajikan dengan sarapan & kopi di penginapan desa anda. Kemudian anda akan dipandu selama satu jam ke bandar Sembalun. Perjalanan ini sendiri adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika anda menaiki belakang trak, angin bertiup menerpa di rambut anda, melalui kampung-kampung di Lombok.

Anda akan memulakan pendakian anda dari Sembalun. Dipertengahan jalan pendakian ke gunung kami akan menyediakan makan tengah hari yang mengenyangkan yang dimasak oleh pembawa barang anda. Selepas itu, kita akan meneruskan ke pinggir kawah gunung berapi, dimana kita akan tiba sekitar tengah hari. Kita akan menghabiskan malam di pinggir kawah gunung berapi dan juga kita akan menikmati makan malam di sana.

Keesokan harinya, kita akan bangun pada pukul 2:00 pagi untuk bersarapan ringan dan memulakan perjalanan kita ke puncak sekitar pukul 2:30 pagi. Ini adalah bahagian yang paling sukar dalam pendakian ini dan akan mengambil masa selama 4 jam untuk mencapai puncak. Setelah tiba di puncak, anda akan mendapati suasana yang sangat sejuk! Kebanyakan pendaki hanya tinggal di puncak untuk masa yang singkat sebelum menurun kembali.

Penurunan ini jauh lebih singkat dan hanya akan mengambil 1-1/2 jam untuk kembali ke pinggir kawah gunung berapi. Kemudian anda akan disajikan dengan sarapan yang lebih berat dan beristirehat sebentar. Setelah itu, anda akan mulai menurun kembali ke kaki gunung. Kita akan berhenti untuk makan tengah hari di pertengahan jalan, dan kemudian melanjutkan ke Sembalun.

Setelah tiba di Sembalun, anda akan menaiki trak untuk kembali ke penginapan desa untuk bertemu semula dengan pemandu kenderaan anda, yang akan membawa anda ke destinasi seterusnya.

Apakah yang termasuk?

Jadual Perjalanan

Para pelancong biasanya tiba di Pelabuhan Bangsal melalui Bali atau Kepulauan Gili. Sesetengah pelancong mungkin tiba melalui lapangan terbang Lombok. Dalam kedua-dua situasi, kami menawarkan pengangkutan ke penginapan kami di Senaru sebagai sebahagian daripada pakej anda. Anda akan tiba di penginapan desa kami dan akan dihidangkan dengan makan malam. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah dari ruang makan luar kami serta melihat gelagat monyet di bawah anda. Anda juga boleh ke air terjun Tiu Kelep yang hanya 20 minit berjalan kaki. Laluan tersebut terletak tepat di hadapan penginapan kami.

Anda akan memulakan hari anda dengan sarapan dan kopi atau teh. Anda akan memulakan perjalanan dengan kenderaan satu jam ke Sembalun. Pada hari ini, anda akan mendaki sepanjang hari sehingga lewat petang, berhenti untuk makan tengah hari di pertengahan jalan. Anda akan tiba di pinggir kawah gunung berapi pada lewat petang, di mana pembawa barang anda telah menyediakan kem perkhemahan. Anda akan menghabiskan malam menikmati pemandangan dari tpinggir kawah gunung berapi & menikmati makan malam. Anda bermalam di pinggir kawah ini.

Pada hari ketiga, anda akan bangun pada jam 2:00 pagi untuk bersarapan ringan dan kemudian mendaki ke puncak sekitar kira-kira jam 2:30 pagi. Anda akan sampai di bahagian yang paling sukar dalam pendakian pada kira-kira jam 5:00 pagi, iaitu pendakian berbatu hingga ke puncak. Permukaan tanah di sini adalah longgar, tetapi anda tidak berada dalam bahaya jatuh dari gunung. Ia hanya meletihkan kerana batu-batuan yang longgar seperti batu kerikil. Anda akan sampai ke puncak sebelum matahari terbit, dan menikmatinya dari puncak selama kira-kira 20-30 minit. Selepas mencapai puncak, anda akan kembali ke pinggir kawah gunung berapi untuk bersarapan lebih berat dan kemudian mulai menuruni dari gunung. Jika anda menghala ke Sembalun, penurunan agak curam. Jika menghala ke Senaru, sebahagian besar hari adalah melalui hutan hujan yang tebal. Kita akan berhenti untuk makan tengah hari, dan kemudian meneruskan perjalanan selepas makan tengah hari. Setelah tiba di kaki gunung, anda akan dibawa kembali ke pelabuhan atau lapangan terbang. Jika anda merancang untuk tinggal lebih lama untuk salah satu pengembaraan kami yang lain, anda akan dibawa kembali ke penginapan desa kami di Senaru.

Scan the code