Trek Mendaki Puncak & Tasik Gunung Rinjani

Profil Puncak & Tasik Gunung Rinjani

Tempoh masa
3 Hari
Harga
$269 USD setiap orang
Gred
Sukar
Ketinggian Puncak
3726 meter
Saiz Kumpulan
2-10
Mula
Sembalun
Tamat
Senaru
Penginapan
Penginapan desa
Hidangan
Semua Termasuk
Mùsim
April - Disember

Gambaran Keseluruhan

Trek mendaki Puncak & Tasik Gunung Rinjani adalah pendakian yang paling mencabar kami. Ia adalah trek pendakian 3 hari / 2 malam yang terbaik untuk pelancong yang ingin melihat segala-galanya yang ditawarkan oleh Gunung Rinjani. Trek pendakian ini menggabungkan semua elemen iaitu mendaki pinggir kawah gunung berapi & puncak, dengan bonus tambahan menuruni ke Tasik Segara Anak dan kolam mata air panas semula jadi.

Perjalanan ini bermula di penginapan desa anda di Kampung Senaru di Lombok Utara. Anda akan menginap satu malam di penginapan desa kami di mana hidangan makan malam akan disajikan kepada anda. Anda juga boleh bersiar-siar ke air terjun berdekatan pada waktu petang jika anda mahu dan berpeluang melihat banyak monyet yang berkeliaran di sana.

Pada waktu pagi, anda akan dijamu hidangan sarapan & kopi di penginapan desa anda. Kemudian, anda akan mengambil perjalanan selama satu jam ke bandar Sembalun. Perjalanan itu sendiri adalah satu kenangan apabila anda menaiki bahagian belakang trak, sambil angin bertiup menerpa di rambut anda, melalui kampung-kampung di Lombok.

Anda akan memulakan pendakian anda dari Sembalun. Pertengahan jalan ke atas gunung kami akan menghidangkan makan tengah hari yang mengenyangkan yang dimasak oleh pembawa barang anda. Selepas itu, kita akan meneruskan ke pinggir kawah gunung berapi, dimana kita sampai sekitar waktu tengah hari. Kita akan bermalam di pinggir kawah gunung berapi dan akan menikmati hidangan makan malam di sana.

Pada hari berikutnya, kita akan bangun pada pukul 2:00 pagi untuk sarapan ringan dan kita akan memulakan perjalanan ke puncak sekitar pukul 2:30 pagi. Ini adalah bahagian yang paling sukar dari pendakian dan akan mengambil masa selama 4 jam untuk mencapai ke puncak. Setelah tiba di puncak, anda akan merasai suasana yang sangat sejuk! Kebanyakan pelancong hanya tinggal di puncak untuk masa yang singkat sahaja sebelum turun kembali.

Perjalanan turun lebih singkat dan hanya akan mengambil masa 1-1/2 jam untuk kembali ke pinggir kawah gunung berapi. Anda akan dihidangkan dengan sarapan yang lebih berat dan berehat sebentar. Selepas ini, anda akan memulakan bahagian kedua perjalanan yang merupakan pendakian selama 3 jam ke Tasik Segara Anak. Kita akan berehat sebentar di tepi tasik dan menikmati haba pancutan air panas serta manikmati makan tengah hari. Selepas makan tengah hari, kita akan beredar dari tasik dan meneruskan perjalanan ke pinggir kawah gunung berapi Senaru di mana kita akan bermalam. Pemandangan dari Pinggir Kawah Gunung Berapi Senaru adalah antara pemandangan yang paling menakjubkan sepanjang keseluruhan kembara.

Pada hari terakhir, selepas sarapan, anda akan menurun melalui kampung Senaru melalui hutan hujan tropika. Terdapat banyak monyet di sini dan anda mungkin akan dapat melihat monyet hitam yang jarang ditemui di Lombok. Keseluruhan pendakian pada hari terakhir mengambil masa kira-kira 5 jam, selepas itu anda akan tiba di Senaru. Pengangkutan disediakan dari titik permulaan kembara kembali ke penginapan desa. Anda akan menukar kenderaan di penginapan desa kami dan kemudian akan dihantar kembali ke pelabuhan/lapangan terbang. Jika anda merancang untuk menikmati Senaru lebih lama, anda boleh menginap di penginapan desa kami sebagai sebahagian daripada salah satu pakej lain yang kami tawarkan.

Harga Termasuk

Jadual Perjalanan

Para pelancong biasanya tiba di Pelabuhan Bangsal melalui Bali atau Kepulauan Gili. Sesetengah pelancong mungkin tiba melalui lapangan terbang Lombok. Dalam kedua-dua situasi, kami menawarkan pengangkutan ke penginapan desa kami di Senaru sebagai sebahagian daripada pakej anda. Anda akan tiba di penginapan desa kami dan akan dihidangkan makan malam. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah dari ruang makan terbuka kami serta menyaksikan gelagat monyet di bawah anda. Anda juga boleh ke air terjun Tiu Kelep yang hanya 20 minit berjalan kaki. Laluan tersebut terletak tepat di hadapan penginapan desa kami.

Anda akan memulakan hari anda dengan sarapan dan kopi atau teh. Bergantung kepada anda sama ada berjalan kaki dari Sembalun atau Senaru, anda akan mula dengan pemanduan singkat ke titik permulaan kembara atau pemanduan satu jam ke Sembalun. Pada hari ini anda akan mendaki sepanjang hari sehingga ke petang, berhenti untuk makan tengah hari di pertengahan jalan. Kita akan tiba di kaki kawah gunung berapi pada petang, di mana pembawa barang anda sudahpun menyediakan kem perkhemahan. Kita akan menghabiskan malam menikmati pemandangan dari pinggir kawah gunung berapi & makan malam. Kita akan bermalam di pinggir kawah gunung berapi.

Pada hari ketiga, anda akan bangun pada 2:00 pagi untuk sarapan ringan dan kemudian mula mendaki ke puncak sekitar 2:30 pagi. Selepas mencapai puncak, anda akan kembali ke kaki kawah gunung berapi untuk sarapan yang lebih berat dan kemudian mula menuruni ke Tasik Sagaru Anak. Anda akan berehat di kolam mata air panas berhampiran tasik dan menikmati makan tengah hari, kemudian meneruskan ke pinggir kawah gunung berapi Senaru di mana anda akan bermalam di sana.

Pada hari terakhir, anda akan bersarapan dan kemudian memulakan pendakian 5 jam melalui hutan rimba ke kampung Senaru. Anda akan menikmati makan tengahari di pertengahan perjalanan kembara. Selepas tiba di kampung Senaru, anda akan disediakan pengangkutan untuk kembali ke penginapan desa kami. Kemudian kami juga akan menyediakan pengangkutan kembali ke pelabuhan/lapangan terbang.

Scan the code